Sabtu, 26 November 2016

Siapakah sebenarnya Valak?


Valak adalah salah satu pemimpin hantu terkenal di
neraka yang dijuluki dengan mana The Great President of
Hell pemimpin 30 Legion syaitan dan mempunyai kuasa

supernatural yang lebih kuat dari manusia.
Valak seperti kanak-kanak kecil dengan
sayap dan menunggangi naga berkepala dua dengan
tangan membawa ular ,rupa Valak tidak seram
seperti yang di gambarkan dalam filem The Conjuring 2.

Akan tetapi Valak mampu merasuki manusia dan haiwan
untuk keluar dari dimensinya dan menunjukkan dirinya.

Valak hanya akan menjawab panggilan manusia yang unik contohnya anak kecil yang tidak tahu apa² "He Gains Power from children’s purity & innocences’
Berbalik kepada filem The Conjuring 2, Valak digambarkan seperti syaitan yang paling jahat dan penganggu utama dalam kes Enfield Poltergeist, menurut James Wan, Valak hanyalah karakter hasil imaginasi dan tidak ada hubungannya dengan kes Enfield Poltergeist,Amityville, atau kes kes yang pernah berlaku di keluarga
Warren.



Misteri di sebalik Hello Kitty


Karakter “Hello Kitty” adalah karakter kartun yang berasal
dari Jepun. Kecerian dan kecomelan “Hello Kitty” boleh
membuatkan kebanyakkan perminatnya terpesona
melihat perwatakkan dan terlatahnya. Tetapi, tahukah
anda bahawa karakter “Hello Kitty” mempunyai cerita
hitam disebaliknya?

Mengikut cerita lagenda “Hello Kitty” yang dipercayai
telah berlaku di sekitar tahun 1970’an, seorang ibu
mencari ikhtiar atau alternatif lain bagi merawat anaknya
yang menghidap penyakit kanser mulut. Hal ini kerana,
doktor yang merawat anaknya, menyatakan bahawa tiada
rawatan saintifik yang dapat merawat anaknya untuk
sembuh dari penyakit tersebut.

Demi menyelamatkan anak kesayangannya, si ibu telah
bertafakur dan berdoa di sebuah rumah ibadat yang berhampiran
dengan kotanya berbulan lamanya. Malangnya, usaha si
ibu tidak membuahkan hasil dan si ibu telah patah
semangat. Disebabkan terlampau menyayangi dan
mencintai anaknya yang menderita kanser mulut, si ibu
telah membuat keputusan dengan melibatkan diri dalam
perjanjian halus dengan syaitan.

Pada saat anaknya hampir sembuh dari penyakit kanser
mulut, menurut syarat yang dikenakan oleh perjanjian
syaitan tersebut, si ibu harus menciptakan satu karakter
yang dapat menarik perhatian kanak- kanak. Disebabkan
ini, si ibu telah membuat satu patung yang mempunyai
maksud tertentu dan terhasillah satu patung yang merupai
kucing tanpa mulut yang mengenangkan penyakit kanser
mulut yang di hadapi oleh anaknya.

Dengan menggunakan karakter “Hello Kitty” ini juga merupakan satu cara penyembahan syaitan. Hal ini dikuatkan lagi pada nama
“Hello Kitty” yang membawa maksud ” Hi Syaitan” jika
diubah kepada bahasa cina.

Tanpa mengetahui cerita tentang lagenda “Hello Kitty”
ini, kita hanya memahami dan melihat satu animasi kartun
yang ceria dan comel sehingga dapat menutup kisah
hitam disebaliknya. Tetapi, apakah yang membuatkan
animasi “Hello Kitty” ini begitu popular di kalangan kanak-
kanak dan apakah mesej yang ingin disampaikan menerusi
animasi ini, bahkan karakter animasi yang comel ini turut
mendapat sambutan yang luar biasa dalam kalangan
orang-orang dewasa. Dapatkan anda merungkai persoalan
ini?

Permulaan...

kisah-kisah misteri yang tidak dapat kita tentukan sama ada betul ataupun tidak..semoga terhibur :)